Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memberi aku peluang untuk terus hidup di dunia ciptaan Nya. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku sebuah keluarga yang penyayang. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana di temukan dengan keluarga angkat yang prihatin. Alhamdulillah, aku masih di beri kesempatan untuk membetulkan kekhilafan diri. Alhamdulillah, aku masih mampu bertahan di atas segala dugaan Nya.
Kita hamba Nya yang mudah leka dan lalai apabila kita sudah dikurniakan sesuatu yang berharga. Kita hamba Nya yang tamak dan takbur akan kehidupan duniawi. Kita hamba Nya yang punya perasaan iri hati dan hasad dengki sesama insan yang lain. Sesungguhnya kita insan yang senang dan mudah lupa akan kebesaran Nya. Masya-Allah. Nauzubillah, hindari kami daripada semua ini Ya Allah.
Aku sedar, aku bukan seorang insan yang sempurna. Namun sedar lah kita bahawa tidak ada seorang manusia pun yang sempurna melainkan Allah, Yang Maha Esa. Aku cuma insan biasa yang sering melakukan silap. Antara aku sedar ataupun tidak, aku sentiasa melakukan kesilapan. Aku terleka dengan duniawi. Aku hanyut dengan bisikan syaitan. Allahu akbar, beratnya dugaan Mu Ya Rahman. Namun, kini aku kembali mencari hakiki. Aku bersyukur, saat aku hampir jauh terpesong atau leka dan lalai, seseorang hadir dalam hidup aku dan menyedarkan aku akan kesilapan diri. Kehadiran diri nya buat aku sedar akan tujuan sebenar diri ini. . Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Namun, aku tertanya-tanya kenapa aku yang dia pilih. Sedangkan aku pernah menyakiti hati nya dulu. Aku pinggirkan dia. Aku hampir buang dia dari diari hidup aku. Tapi dia, mempunyai hati yang sangat bersih dan suci, menghampiri aku dengan penuh kasih sayang dan membimbing aku ke jalan yang benar. Masya-Allah, betapa mulia hati nya Ya Rahim. Kejam nya aku, jahil nya aku Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak layak mendampinginya. Maafkan aku.
Walaupun berjuta kali aku memohon kemaafan, aku tahu luka itu sudah pulih, namun calar dan kesannya masih ada. Mustahil untuk melupakan dengan sekelip mata. Namun, dia tidak pernah berpaling dari menyayangi dan hampiri aku. Terharu aku dengan sikap dan keprihatinan yang dia tunjukkan. Dia menganggap aku seperti adik kandung nya sendiri. Ya Allah, aku orang asing pada nya tapi dia menyayangi aku. Mulia dan suci hatinya Ya Allah. Dia mendidik aku, melayan karenah aku setiap hari setiap masa. Sikap nya yang tabah buat aku kagum dengan diri nya. Dia sering cuba menjadi yang terbaik untuk aku. Agar aku tidak hanyut dengan bisikan syaitan. Dia cuba buat aku jadi seperti diri nya. Namun aku tahu aku tak mampu. Aku tidak sekuat dan setabah dia.
Insan yang bernama Raja Fazwani Syakila Raja Salleh, kini menjadi sebahagian daripada hidup aku. Demi Allah aku menyayangi diri nya seperti keluarga aku sendiri. Atas nama Allah, aku bersyukur atas kehadiran diri nya dalam hidup aku. Adik bangga ada kakak macam akak…
Terima kasih kakak kerana menyayangi adik seperti adik kandung sendiri. Terima kasih kerana bersabar dengan sikap adik. Terima kasih kerana sedarkan adik daripada terus hanyut. Terima kasih kerana terima adik seadanya. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih yang tidak terhingga.
Maafkan salah silap adik. Maafkan kerana sering menyakiti hati kakak. Maafkan adik bersifat kasar. Maafkan adik tersilap kata. Maafkan adik atas segalanya. Adik cuma insan biasa, hamba Allah yang tidak bisa lari dari kesilapan.